Malang menimpa seorang peluncur apabila dia maut selepas diserang seekor jerung di sebuah pantai di utara Sydney.
Menurut laporan AFP, kejadian ngeri itu berlaku di pantai T Slidery dan pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi pada pagi ini.
Lelaki malang berusia 50 tahun itu mengalami serangan jantung selepas digigit jerung di pahanya ketika sedang meluncur di pantai. Susulan itu, pantai itu ditutup selepas kejadian itu.
“Walaupun paramedik sudah berusaha sebaik mungkin, lelaki itu tidak dapat diselamatkan”.
Menurut agensi Konservasi Masyarakat Taronga, ia adalah serangan pertama di perairan Australia tahun ini.
Terdapat 26 kes tahun lalu, lapan daripadanya membawa maut, menurut data agensi kerajaan.