Memandu di bawah pengaruh alkohol sememangnya satu perbuatan yang berbahaya. Bukan sahaja bahaya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang sekeliling. Seorang pemandu Mercedes Benz yang berusia 60 tahun telah melanggar sebuah restoran makanan segera Burger King di Kota Damansara.
Kereta tersebut dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan dua buah motorsikal yang diparkir di tepi jalan. Pesuruhjaya polis Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din memaklumkan kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan pada dinding, meja dan kerusi outlet berkenaan.

“Melalui ujian alkohol yang dilakukan menunjukkan bacaan positif pengambilan alkohol secara berlebihan dan lebih tinggi daripada had penggunaan undang-undang.”
Selain daripada kerosakan harta benda, seorang pejalan kaki, Lee Guo Hoo berusia 72 tahun juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki. Pemandu berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: NST