Dalam satu insiden malang yang berlaku di tapak sebuah karnival makanan di Kuala Selangor, seorang lelaki dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, polis mendapat panggilan sekitar jam 8.50 malam tadi dan pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik anggota polis tiba di lokasi, didapati mangsa berusia 32 tahun terbaring di atas pentas utama.
Berdasarkan soal siasat terhadap orang awam, difahamkan kejadian itu berlaku ketika hujan lebat dan terdapat pengunjung serta peniaga di lokasi kejadian.
Kejadian berlaku apabila mangsa memegang besi khemah di salah sebuah gerai. Akibatnya mangsa terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dibawa ke pentas berhampiran untuk diberikan bantuan awal.
Mayat lelaki warga Pakistan itu telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan renjatan elektrik.
Tambah Ambia lagi, karnival itu yang berlangsung selama dua minggu bermula 16 Ogos lalu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.