Kisah seorang lelaki berusia 29 tahun yang baru-baru ini berhenti kerja untuk mencari teman wanitanya berusia 62 tahun. Wanita itu menghilangkan diri secara tiba-tiba. Ini menunjukkan yang cinta tidak terbatas pada umur.
Menurut Sina Weibo, Zhu Jing (bukan nama sebenar) bertemu teman wanitanya itu melalui fungsi “Shake” dalam aplikasi telefon WeChat hampir setahun lepas.
Dia sungguh cantik. Dia sudah melebihi 60 tahun tapi kelihatan seperti berusia 40-an. Ia cinta pertama saya. Pertama kali saya bercinta dengan seorang wanita. Saya ingat dia siang dan malam. Saya lihat bayangnya di mana-mana.
Apabila wanita itu hilang secara tiba-tiba dari hidup Zhu dan enggan menghubunginya, lelaki itu berhenti kerja dan pergi ke bandar tempat tinggal wanita itu di Xiangtan, wilayah Hunan. Dia berjaya mengesan keluarga wanita itu, yang bagaimanapun menolak kehadirannya. Anak lelaki, menantu dan bekas suami wanita itu menghalau Zhu setiap kali Zhu datang mencarinya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Serlahkan bakat anda dalam Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015. Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Syarat dan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 13 April 2015
Keluar dari sini, anak lelaki teman wanitanya memberitahu Zhu dalam rakaman video.
Ibu kamu kata dia cintakan saya, kata Zhu terketar-ketar.
Menantu wanita itu memberitahu pemberita bahawa keluarga mereka kini menjadi bahan ketawa seluruh kejiranan mereka.
Kami sudah bercerai namun lelaki muda itu asyik cari saya. Dia berada di sini sejak September lepas, asyik tanya tentang bekas isteri saya, kata bekas suami wanita itu sambil mencampakkan sijil perceraian ke atas Zhu.
Zhu memberitahu pemberita yang wanita itu berkata akan mengahwininya dan dia tidak mahu melepaskan wanita itu. Lihat video, cara dia bercakap mengenai wanita itu menunjukkan dia betul-betul dilamun cinta.