Lelaki 23 Tahun Ditangkap Selepas Mencuri 58 Pakaian Dalam Wanita

Trending

Lelaki 23 Tahun Ditangkap Selepas Mencuri 58 Pakaian Dalam Wanita

Apa sudah jadi? Tak sangka perbuatan kotor seperti ini masih berlaku dalam masyarakat kita.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata mereka telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita dari ampaian rumah mangsa di sebuah kondominium Bandar Sunway.

Advertisement

This image has an empty alt attribute; its file name is 73c21ba8cc40902afc82abhwc-156710.jpeg

Laporan polis ini dilakukan oleh seorang wanita berusia 35 tahun yang menyedari pakainya selalu hilang.

“Pada hari kejadian jam 10.30 pagi, dia melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan lif dan mengesyaki lelaki itu terbabit dengan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini”.

“Dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suami sebelum melaporkan kepada pihak pengurusan kondominium. Mereka berjumpa suspek dan lelaki itu mengakui mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian terbabit di dalam bilik tidur rumahnya”. – Kata Fakruddin.

Advertisement

Semasa membuat tangkapan, polis turut berjaya merampas 58 pakaian wanita termasuk sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengambil pakaian dari ampaian mangsa.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...