Leka Mengait Buah, Paha Kiri Pekerja Ladang Terkoyak Digigit Buaya

Trending

Leka Mengait Buah, Paha Kiri Pekerja Ladang Terkoyak Digigit Buaya

Seorang lelaki difahamkan cedera parah dikaki kanan selepas beliau dikatakan digigit seekor buaya di Ladang Trusan, Lawas, Sarawak.

Mangsa yang dikenali sebagai Sulu Maralang yang bekerja sebagai pekerja ladang khabarnya sedang leka mengait buah kelapa sawit di tepi parit ladang tersebut sekitar jam 10.40 pagi semalam.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Roslan Leman, mangsa berjaya melepaskan diri selepas bertindak mencucuk mata buaya menggunakan jari lalu naik ke tepi daratan.

Namun, paha kiri mangsa disahkan terkoyak dan mangsa segera dibawa ke Hospital Lawas bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Untuk rekod, buaya tersebut telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...