Leka Bermain FIFA18, Tidak Sedar Terhabiskan Gaji Ibunya

Trending

Leka Bermain FIFA18, Tidak Sedar Terhabiskan Gaji Ibunya

Seorang remaja berusia 14 tahun di Ireland secara tidak sengaja telah menggunakan duit gaji ibunya dengan membeli “point” di permaian bola sepak FIFA18

Advertisement

Kelekaan remaja tersebut mengakibatkan kesemua baki gaji ibunya untuk sebulan habis dibelanjakan dan mengakibatkan mereka tidak mempunyai wang untuk merayakan Hari Natal yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Wanita yang tidak mahu dikenali tersebut mendakwa kad debitnya telah didaftarkan dengan FIFA 18 di Playstation anaknya dan setiap kali anaknya membeli ‘Points’ untuk permainan tersebut, duit dalam akaun tersebut akan dipotong.

Menurut beliau lagi yang ditemu bual oleh Irish Mirror, anaknya itu tidak sedar duit di dalam akaun akan dipotong setiap kali dia membeli ‘points’ berkenaan kerana tidak mendapat sebarang notifikasi daripada Playstation.

Wanita ini membuat pendedahan kepada Irish Mirror bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa di luat sana agar sentiasa mamantau dan mengawasi aktiviti anak mereka bagi memastikan perkara ini dapat dielakkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...