Kalau dah namanya kanak-kanak, memang normal mereka ini suka bermain namun siapa sangka kerana terleka dalam keseronokan itu ia membawa kepada satu masalah besar.
Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki warga asing yang dijumpai di dalam sebuah kontena yang tiba dari Bangladesh.
Dia yang berasal dari negara itu dikatakan bermain dengan kawan-kawannya di kampung halaman namun telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika ia berlabuh dari Chittangong, Bangladesh.
Kisahnya menjadi perhatian media tempatan selepas dijumpai lemah dan tidak bermaya kerana terperangkap di dalam kontena tersebut selama 5 hari.
Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan daripada lelaki warga tempatan yang bekerja di bahagian operasi perkapalan mendakwa seorang kanak-kanak ditemukan sekitar jam 9 malam, Selasa lepas.
Mengikut keterangan kanak-kanak itu, dia bermain dengan kawan di Chittagong sebelum masuk ke dalam kontena dan terkunci di dalamnya.
Jelas Cha, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai rujuk lain agensi (RLA) iaitu dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dirawat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Remaja lelaki warga Bangladesh terperangkap selepas bermain dan terkunci ketika kontena ini berada di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.
Mangsa hanya ditemui 5 hari kemudian dlm keadaan lemah ketika kapal bawa kontena itu berlabuh di Port Klang. pic.twitter.com/0BitaASt1p
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 19, 2023
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.