Penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah ada berkongsi pengalaman ‘diganggu’ oleh makhluk halus ketika berada di sebuah pusat peranginan.
Cerita Bella, dia mengalami pengalaman itu ketika usianya 9 tahun selepas dia dan adiknya Didi Astillah selesai menjalani penggambaran untuk satu album kanak-kanak di suatu tempat.
View this post on Instagram
Ujarnya, dia dan keluarga diberikan satu unit kondominium untuk bermalam berdekatan dengan lokasi penggambaran.
Ketika tiba, kawasan kondominium itu dipenuhi kereta sehinggakan Bella dan ahli keluarganya terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan berdekatan.
Tiba sahaja di lift, saya terhidu bau sangat busuk dan terus mencari mana punca bau tersebut sehingga terjumpa satu tangga gelap dan penuh dengan plastik hitam. Malam itu ibu ke tandas dan dia terlihat di dalam bath tub seorang wanita rambut panjang berjurai tidak menunjukkan wajab sedang duduk dalam air yang berwarna merah seperti darah.
Tambah Bella, ibunya kemudian seolah-olah dirasuk dan bertindak mencekik dirinya sendiri sehingga terpaksa ditampar oleh bapanya yang cuba menyelamatkan ibunya itu.
View this post on Instagram
“Tidak cukup dengan itu, ibu sekali lagi diganggu apabila kakinya ditarik kuat seperti dalam cerita seram.” kata Bella lagi.
Malah, ketika keluar dari kondominium itu, Bella mendapati kawasan letak kereta kondominium tersebut sunyi sepi dari sebarang kenderaan seperti tiada sesiapa mahu menginap di situ.
Seram betul!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.