Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Legoland!!!

Pertama kali Abang Nara mendengar cerita tentang taman tema Legoland akan dibuka di Malaysia, diri ini terasa excited tak ingat. Semangat Abang Nara men”google” gambar-gambar sekitar majlis pembukaaan taman tema pertama di Asia ini. Memang nampak menarik sangat-sangat.

legoland

Advertisement

Sedang syok mengushar gambar yang ada, tiba-tiba seorang kawan Abang Nara mengupload puluhan keping gambar di dalam album yang bertajuk “Legoland Johor Yang Awesome” di Facebook. Terus Abang Nara chat dengan dia dan bertanya apa yang best di Legoland. “Semuanya best tapi paling best ialah MiniLand”, kata kawan Abang Nara.

legoland

Serius Abang Nara jeles gila dengan kawan Abang Nara nie sebab dia dah pergi ke Legoland. Tambah jeles bila tengok banyak gila decoration yang cute-mute menghiasi taman tema pertama di Asia ini. Menurut kawan Abang Nara. semua decoration nie diperbuat daripada Lego 100%. Memang kreatif gila. Respek!!!

legoland

Abang Nara tertarik dengan rekaan Istana Maybank yang nampak sangat gah di Legoland ini. Tak sangka daripada lego pun boleh buat istana. Dan rupa-rupanya Maybank ada sponsor satu bahagian dalam Legoland yang dikenali dengan nama “Legoland Kingdom”. Satu langkah yang sangat bijak dan murah hati daripada Maybank untuk terlibat sama dalam pembinaan Legoland ini.

Advertisement

legoland

Tapi kawan Abang Nara cakap kalau nak pergi bawak anak, lebih baik tunggu anak besar sikit barulah pergi ke Legoland nie. Bukan apa, Legoland nie memang luas. Kesian pulak kalau si kecik yang baru 7 bulan nie dibawa menjelajah Legoland. Confirm penat dan meragam nanti.

legoland

Terasa makin tak sabar dibuatnya apabila melihat gambar souvenir yang dibeli oleh kawan Abang Nara nie. Sedih hati ini apabila kawan Abang Nara kata dia terlupa nak belikan seketul dua untuk Abang Nara. Geram je menengok lego-lego yang cute tue dijadikan keychain.

legoland

Hujung tahun ini, Abang Nara plan nak bawak wife dan anak ke Legoland. Nak rasai sendiri kehebatan taman tema ini. Nak main-main dengan “rides” yang diperbuat daripada lego. Nak tengok Legoland Kingdom tajaan Maybank dan macam-macam lagilah. Mesti anak Abang Nara excited dan seronok tak ingat nanti.

legoland

Apa-apa hal pun sebelum pergi jangan lupa withdraw duit banyak-banyak. Barulah puas hati nak beli souvenir apa bagai. Rasa-rasanya mungkin ada ATM Maybank kat dalam Legoland. Semoga satu hari nanti impian Abang Nara untuk ke Legoland akan tercapai jua!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 Comments

  1. mahal tak mahal

    October 23, 2012 at 10:22 am

    Harga tiket mahal. tak kisahlah annual pass ke, sekali masuk ke… klu tempat riadah buatlah harga yang berpatutan. nama pun tempat riadah. bagilah peluang org berpendapatan rendah bawak anak2 p tempat2 exciment cmtu. klau yang anak ramai cmne??? dahlah jauh kat johor. kalau area kl takpelah. ni nk pk petrol & toll lg.
    Kenalah bijak. tq .

    • nadiya ayuni

      October 24, 2012 at 10:00 am

      kalau nak tempat riadah yang murah pegile taman main layang2,pegi zoo ke.ha boleh bawak 10 anak pegi situ..kalau tak mampu takpayale pegi..ukor baju kat badan sendirila..aku pon x mampu gak,so aku tak pegila.senang kan.kenapa kat johor?habis nak sumbat sume kat kl tu?

  2. sayang salmah

    October 23, 2012 at 10:11 am

    tips tuk dpt tiket free… p beli biskut munchy’s kt bawah pack tu ade tiket harian free utk 3thn ke bawah… ade sejenis lg biskut munchy’s utk dewasa pulak..tp kene pandai cari…. die tampal kt luar pack.

    • Anonymous

      October 23, 2012 at 10:25 am

      3 thn ke bawah mmg free masuk legoland.

  3. nadiya ayuni

    October 23, 2012 at 10:04 am

    aku baru je pegi..beli annual pass..rm275..masa aku pegi aku tengok punye ramai beli annual pass..kaunter one day pass x penoh orang pon..ini menunjukkan rakyat malaysia mampu je..kire berbaloi la harga 275/per year untok jelajah legoland yang luas tu.boleh pegi sebulan sekali.275/12=sangat murahla tu.janganla bandingkan dengan uss la,disneyland la,memangla x same.. disneyland hk pon x rase bes.tiket lagi mahal.untongla johor de legoland..kalau nak arap kite g oversea lagile x mampu kan..

    p/s : bukan orang joho tapi rase bes dok joho..peace!

  4. cikikaka

    October 23, 2012 at 9:48 am

    senang cerita beli la untuk setahun… kalau beli utk setahun 200++ memang sgt lah berbaloi… nak jadikan legoland tepat riadah harian pun bole klu dah ade annual pass.. duk merungut tiket mahal… pegi buat sendiri la legoland tu..

  5. pinky

    October 23, 2012 at 9:48 am

    Maaf mencelah. LEGO adalah syarikay berasal dari Denmark. Bagi yang tidak tahu, pada 30 September 2005 sebuah akhbar Denmark telah menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad saw. Kartun itu juga seolah melabel semua umat umat Islam sebagai pengganas. Sampai sekarang tiada kenyataan maaf dari akhbar itu (Jyllands-Posten) dan juga kerajaan Denmark sendiri.
    So, saya takkan, tak minat, boikot dan pengaruh kawan2 saya untuk boikot Legoland, produk Lego dan Danish products.
    Terima kasih.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama