Selepas mengambil masa 3 hari 3 malam untuk menyiapkan lego watak filem Zootopia, hati artis muda yang membina lego tersebut berkecai bersama lego yang bernilai RM63,000 itu ditolak oleh seorang budak pada Ahad.
Lego setinggi 1.8 meter itu baru sahaja sejam dipamerkan di ekspo Lego di Ningbo.
Dalam kejadian itu, seorang budak berusia 4 tahun itu meletakkan tangannya di atas lego itu dan secara tidak sengaja tertolaknya ketika bergambar.
Akhbar China melaporkan, ibubapa kanak-kanak tersebut telah pun memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi tetapi artis muda itu enggan menerima dan berkata kejadian itu berlaku sengaja tidak sengaja.
“Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memecahkannya,” katanya, menurut CCTVNews.
Artis itu juga berkata: “Banyak usaha diperlukan untuk membina arca itu, terutama pada bahagian mata di mana saya terpaksa menukarnya banyak kali.”, lapor mStar Online. –Siakapkeli.my
Proses Lego itu disiapkan