Adidas merupakan salah satu syarikat pengeluaran pakaian sukan terkenal yang sudah tidak asing lagi bagi kita. Pakaian keluaran mereka bukan sahaja dikenakan ketika hendak bersukan, malah ianya juga sesuai dikenakan untuk kegunaan harian yang lain kerana reka bentuknya yang menarik dan tidak mengira usia.
Baru-baru ini kecoh di ruang internet setelah sekeping gambar dimuatturunkan di dalam akaun Twitter oleh seorang penggemar pakaian Adidas. Gambar itu dimuatturunkan setelah beliau mengenakan leggings (seluar sarung???) keluaran syarikat itu tersebut.
that’s the last time a work out with tan on btw ahahah pic.twitter.com/1y291bdZYw
— eve ? (@Evemallonxx) 1 October 2017
hahahahah same?? pic.twitter.com/K2c1ZvLOsD
— Eden Chicken (@edenchickenxo) 2 October 2017
Seperti dapat dilihat di dalam gambar di atas, perkataan “Adidas” pada leggings tersebut telah tercetak pada bahagian betis si pemakai itu. Terdapat banyak komen daripada orang ramai yang mengatakan mungkin itu adalah satu taktik baru bagi syarikat untuk menarik ramai pihak untuk membeli outfit baru mereka itu.
Namun begitu pihak Adidas sendiri telah membalas sendiri Tweet pengguna tersebut dengan gaya yang agak “sempoi”.
We’d say it’s fate.
Way to rep the Three Stripes, Eve. We see you. ?— adidas (@adidas) 2 October 2017