Legenda F1 Niki Lauda Meninggal Dunia

Automotif

Legenda F1 Niki Lauda Meninggal Dunia

Lagenda Formula Satu (F1), Niki Lauda dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun dalam satu kenyataan dikeluarkan keluarganya kepada media Austria, pagi ini.

Dengan rasa sedih, kami umumkan bahawa Niki yang disayangi sudah meninggal dunia bersama keluarganya pada Isnin.

Advertisement

Pencapaian uniknya sebagai atlet dan usahawan akan terus diingati, semangatnya yang tidak pernah padam, ketegasan dan keazaman akan berterusan.

Model sebenar dan penanda aras untuk kami semua, dia suami yang penyayang, ayah dan datuk di luar pandangan umum, dan dia akan dirindui.

Niki Lauda menjuarai kejohanan F1 pada tahun 1975 dan 1977 dengan jentera Ferrari manakala McLaren pula pada tahun 1984.

Advertisement

Pada tahun 1976, beliau mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika German Grand Prix, namun dengan semangat dan kecekalan beliau berjaya kembali untuk berlumba enam minggu selepas itu.

Kisah beliau dan persaingan dengan James Hunt, pelumba dari Britain pernah diabadikan dalam sebuah filem ‘Rush’ yang dibintangi oleh Daniel Bruhl dan Chris Hemsworth.

Lauda menjadi pengerusi bukan eksekutif di Mercedes F1 sejak 2012 dan dia memainkan peranan besar ketika Lewis Hamilton mencipta kejayaan yang membolehkan mereka menang lima kejuaraan pemandu dan pengeluar berturut-turut.

Semoga kau tenang di sana, selepas penat melawan penyakit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...