Lega Dapat ‘Langsaikan’ Hutang Peminat, Sa Ya Anggap Pentas GV8 Sebagai Satu Lipatan Sejarah

Hiburan

Lega Dapat ‘Langsaikan’ Hutang Peminat, Sa Ya Anggap Pentas GV8 Sebagai Satu Lipatan Sejarah

Perjuangan kumpulan duo Sa Ya di program Gegar Vaganza musim ke-8 dilaporkan telah berakhir semalam apabila mereka berdua telah tersingkir di peringkat suku akhir.

Sa Ya yang dianggotai pelawak Saiful Apek dan Yassin telah menyampaikan lagu Blues Terengganu Kita akur dengan keputusan juri yang banyak menegur dari segi vokal persembahang.

Advertisement

Kata Saiful yang mewakili Sa Ya, mereka merupakan pelawak pertama yang menyertai pentas nyanyian itu dan menjadikan pengalaman itu sebagai proses pembelajaran.

Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaik persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah.

Pesembahan suku akhir yang diadakan malam Ahad lalu telah menyaksikan Suki Low berada di kedudukan pertama iaitu 78.9 peratus, Aliff Aziz di tangga kedua (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Bintang GV lain yang turut mara ke peringkat separuh akhir adalah Adibah Noor, Nikki Palikat, Azan Scan, Shidee dan juga Ani Mayuni.

Manakalan pentas separuh akhir nanti akan membawa tema Lagu Untukmu di mana setiap bintang akan menyanyikan lagu pilihan juri.

Fazley yaakob
2 years ago

Menepati Ramalan, Datuk Fazley Yaakob Tersingkir Gegar Vaganza Musim Ke-8

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...