Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf Ikut Jejak Langkah Bapanya

Trending

Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf Ikut Jejak Langkah Bapanya

Sejak dari kecil Leftenan Kolonel Norhana mengimpikan kerjaya juruterbang TUDM, apatah lagi tempatnya membesar berdekatan Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat iaitu medan pasukan tentera udara menjalani latihan.

Advertisement

Impian itu tercapai dan lebih manis apabila beliau berjaya menerima pengiktirafan Instruktor Helikopter Berkelayakan (QHI) yang membolehkan beliau melatih juruterbang termasuk menjadi pengulas pertunjukan udara di dalam dan luar negara.

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Latar belakang bapa beliau yang pernah berhidmat dengan Tentera British menambahkan keterujaannya terhadap pesawat dan helikopter.

Restu ibu dan ayah itu penting. Beliau mendapat restu daripada ayahnya untuk menyertai Tentera Udara dengan menyertai kursus Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan di Maktab Turus Angkatan Tentera.

Setelah terlibat dalam pelbagai proses termasuk latihan penerbangan simulator di Norway dan United Kindom(UK), beliau juga memperoleh pengalaman dengan menerbangan helikopter Aloutte III pada 1997 dan kemudian beralih kepada helikopter nuri.

Peredaran masa banyak memberi peluang kepada wanita negara ini menjadi lebih dinamik dan bukan penghalang untuknya menyertai bidang yang didominasi lelaki.

 

Sumber: Berita Harian

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...