Leez Rosli yang kini sudah bergelar isteri kepada Aepul Drama Band pada Disember 2014 telah meluahkan hasrat beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu dan berharap agar rezeki memihak kepada mereka lebih awal.
Kami memang mahu anak, kalau boleh awal. Cuma belum ada rezeki lagi sekarang.
Berkongsi mengenai kisah perkenalan beliau bersama Aepul, ianya bermula apabila mereka bertentangan mata buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program di Johor Bahru sekitar tahun 2012. Mereka menjadi rapat selepas Leez menjadi salah satu model bagi muzik video kumpulan Drama Band.
Memang kami tidak pernah kenal sebelum ini, ternyata pertemuan kali pertama itu sedikit merapatkan hubungan kami yang bermula sebagai rakan. Selepas itu kami berdua semakin rapat apabila dia meminta saya menjadi model untuk video klip kumpulannya.
Sifat memahami Aepul membuatkan beliau istimewa di mata Leez .
Dia adalah seorang yang memahami, saya boleh kongsi macam-macam dengannya.
Rupa paras bukan ukuran untuk mencapai kebahgiaan dalam rumah tangga. Sifat tolak ansur dan saling memahami kehendak pasangan adala kunci utamanya. Mengikat lagi rasa sayang adalah apabila mula mendapat cahaya mata. Semoga hasrat Leez dan Aepul untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.