Lee-La Cara Sebutan Lyla Aminaa, SchAwal Buka Akaun Instagram Anak Kedua

Hiburan

Lee-La Cara Sebutan Lyla Aminaa, SchAwal Buka Akaun Instagram Anak Kedua

Genap umur anak kedua pasangan serasi Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lyla Amina kini sudah mempunyai akaun Instagramnya yang tersendiri.

Keluarga SchAwalSumber : Instagram Scha Alyahya  

Difahamkan @lylaaminaa adalah nama akaun Instagram anak kedua yang telah dibuka sendiri oleh Awal dan Scha yang bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini adik kepada Lara Alana itu.

Advertisement

Meskipun begitu, sehingga artikel ini ditulis, akaun Instagram Lyla hanya mempunyai tiga orang pengikut iaitu Awal, Scha dan Lara.

Instagram LylaSumber : Instagram Lyla Aminaa  

Manakala meninjau ruangan entri, sudah terdapat 21 keping foto dimuat naik oleh pasangan selebriti ini.

Dalam pada itu, Scha dan Awal turut menulis cara sebutan yang betul untuk nama Lyla yang berbunyi, Lee-La.

Terdahulu, Lara Alana yang merupakan cahaya mata pertama Scha dan Awal sudah mempunyai pengikut Instagram melebih 4.1 juta orang.

“Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil sempena nama ibu Nabi Muhammad S.A.W.”

Mengimbas kembali, Scha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Pasangan selebriti tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...