Pada 5 September 2025, penyanyi Kim Jong-kook telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama wanita bukan selebriti.
Majlis tersebut diadakan secara sederhana dengan jemputan terhad hanya kepada rakan-rakan rapat, termasuk ahli ‘Running Man’ dan teman senamannya.
Namun, dalam video YouTube terbaharu Kim Jong-kook yang memaparkan kompilasi pengumuman perkahwinannya, kelibat Lee Kwang-soo tidak kelihatan meskipun kedua-duanya diketahui mempunyai hubungan rapat.
Menjawab persoalan itu, wakil Kim Jong-kook menjelaskan bahawa Lee Kwang-soo ketika itu berada di Vietnam untuk mempromosikan filem terbaharunya, ‘Love Barista’, dan hanya mengetahui tentang majlis perkahwinan selepas selesai jadual promosinya.