Lee Kwang Soo Sah Sudah Berpunya

Trending

Lee Kwang Soo Sah Sudah Berpunya

Gwang Soo

Berita sedih untuk peminat-peminat Gwang Soo. Pelakon dan pelawak itu sudah sah mempunyai teman hidup. Perkara ini telah disahkan bukan dari pihak Gwang Soo sahaja malah dari pihak wanita itu sendiri. Mereka telah keluar bersama sejak dari bertemu di rancangan popular Running Man pada tahun 2016 dan mereka telah mengesahkan perhubungan mereka pada akhir tahun 2018 yang lalu.

Advertisement

Wanita tersebut yang bernama Lee Sun Bin terus terang menyatakan bahawa Gwang Soo adalah citarasa beliau sejak pertemuan pertama lagi. Lee Sun Bin yang lahir pada tahun 1994 adalah pelakon drama dan juga filem di Korea. Pada awalnya beliau adalah pelatih untuk menjadi penyanyi kumpulan Kpop, namun nasib tidak menyebelahinya dan beliau akhirnya telah berjaya menjadi pelakon yang popular. Disebabkan kepopularan Sun Bin dalam berlakon drama, dia telah dijemput sebagai tetamu di rancangan Running Man pada tahun 2016. Anda boleh saksikan video di bawah di mana titik percintaan antara Gwang Soo dan Sunbin bermula.

Semoga hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...