Berita baik buat peminat program hiburan Running Man. Selepas pembatalan kehadiran mereka ke Malaysia baru-baru ini, 2 bintang program ini iaitu Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook disahkan akan turun ke Malaysia pada 4 Januari 2014. Kehadiran ini pasti akan mengubati luka yang timbul akibat pembatalan yang terjadi sebelum ini.
Walaupun sering kelihatan bergaduh di dalam Running Man, sebenarnya hubungan Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo adalah sangat rapat seperti abang dan adik. Kim Jong Kook dikenali dengan nama “Harimau” kerana kekuatannya manakala Lee Kwang Soo “Zirafah” kerana ketinggiannya. Mereka berdua akan menemui peminat di Kenangan Wholesale Centre (KWC) bermula jam 7 petang.
Secara jujur, Abang Nara memang peminat Lee Kwang Soo kerana perbuatan khianatnya yang sangat awesome dan tidak terjangka di dalam program Running Man. Kepada anda yang mahu melihat mereka secara “live”, boleh dapatkan tiket yang bermula dengan harga RM158 di laman web Ticket Pro.
P.S: Volkswagen Golf terima anugerah Kereta Tahun 2013