Lee Jongsuk & Moon Gayoung Teruja Disambut Meriah Oleh Peminat Malaysia

Trending

Lee Jongsuk & Moon Gayoung Teruja Disambut Meriah Oleh Peminat Malaysia

Pelakon Moon Gayoung dan Lee Jongsuk baru-baru ini mencuri perhatian peminat di Malaysia apabila mereka hadir di acara fan screening untuk episod terakhir drama mereka, ‘Law and the City’, yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama mereka datang ke Malaysia, dan mereka terkejut dengan sambutan hangat yang diterima.

Kedua-dua pelakon ini tidak menyangka bahawa peminat di Malaysia akan memberikan sambutan sebegitu meriah, dan mereka mengakui bahawa ini adalah pengalaman yang sangat istimewa.

Advertisement

moon gayoung lee jongsuk

Moon Gayoung turut berkongsi bahawa dia memilih untuk menyertai drama ini kerana percaya pada Lee Jongsuk sebagai peneraju utama. Selain itu, mereka berdua sepakat memilih babak lakonan di Hong Kong sebagai kenangan yang paling berkesan sepanjang penggambaran drama tersebut.

Dalam sesi tersebut, mereka juga menerima hadiah kek yang digubah khas dengan wajah mereka, yang menambah lagi kemeriahan suasana. Moon dan Lee Jongsuk turut menyatakan harapan agar mereka dapat ke Malaysia lagi bersama rakan pelakon lain dari drama ‘Law and the City’.

hanbok korea rent hijab
2025-04-28 10:34:03

Siap Ada Tudung 'Matching', Lelaki Korea Ini Sediakan Hanbok 'Mesra Hijab' Untuk Pelancong Muslim Dipuji Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...