Lechal merupakan kasut pintar keluaran syarikat dari India. Ia berungsi dengan hubungan ke telefon melalui sokongan Bluetooth. Ia membolehkan pengguna sync perjalanan dengan aplikasi Google Maps, dan seterusnya ia akan bergetar apabila pengguna perlu membelok disesuatu lokasi. Sistem ia sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah penglihatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan kecergasan dalam merekodkan jarak yang telah dilalui dan kalori yang dibakar.
Kasut ini dijangka akan berada di pasaran mulai bulan September ini.