Lebih Yakin Jalani Hari, 2 Produk Ini Wajib Ada Dalam Penjagaan Diri Kaum Hawa

Branded

Lebih Yakin Jalani Hari, 2 Produk Ini Wajib Ada Dalam Penjagaan Diri Kaum Hawa

Outfit semua dah tip-top, baju dah match dengan tudung, beg dah sesuai sangat dengan kasut, tapi boleh spoil mood kalau badan berbau. Ew! Nak dekat dengan orang pun tak berani.

Macam mana ni. Takkan nak jauhkan diri setiap masa kan? Pernah dengar tak Total Image Smelly No More? Kalau tak pernah, inilah jawapan untuk elak badan berbau, ramai dah cuba dan berpuas hati dengan hasilnya.

Nak tahu macam mana Semburan Deodoran Smelly-No-More ni bertindak? Kalau nak tahu Semburan Deodoran Smelly-No-More ni ada Garam Mineral Semula Jadi yang memberi perlindungan 24/7 terhadap bau badan dengan membasmi bakteria penyebab bau badan. 

Sekarang, produk ni telah diperbaharui dengan tambahan 4 variasi baru mengagumkan bersama Minyak Pati Semula Jadi, memberikan sensasi kesegaran serta keharuman sepanjang hari.

deodoran smelly no more

Calming 

Gabungan Minyak Pati Semula Jadi Vanilla dan Bergamot mencegah bau badan dengan berkesan. Siapa suka bauan vanilla boleh pilih varian ni. Rasa tenang dan damai je seharian.

Energising 

Kombinasi Minyak Pati Semula Jadi Fresh Lily dan Grapefruit dengan aroma flora dan sitrus yang nyaman, menjadikan efek kesegaran hebat yang membangkitkan semangat.

Refreshing 

Campuran Minyak Pati Semula Jadi Teh Hijau dan Pudina, varian ini memberikan sensasi nyaman yang menyegarkan terutama selepas bersukan untuk rasa kekal bertenaga dan lincah. 

Formulasi utama Garam Mineral Semula Jadi membasmi bakteria punca bau badan menjadikan tubuh tidak berbau. Paling sesuai untuk wanita aktif bersenam, berlari atau berzumba.

Rejuvenating 

Siapa tak suka bau floral kan? Untuk varian ini, ianya diformulasi bersama Minyak Pati Semula Jadi Geranium dan Cherry Blossom menghasilkan aroma flora mempesonakan yang mampu meningkatkan aura si pemakai. 

Selain, meneutralkan bau badan, varian ‘Rejuvenating’ membangkitkan suasana meyakinkan serta menyegarkan.

Nak cuba sendiri? Semburan Deodoran dengan Minyak Pati Semula Jadi ini ditawarkan dengan harga istimewa, hanya RM29.90 bagi setiap botol. Memang berbaloi!

Bau badan dah okay, penjagaan Miss V juga penting tau sis! Mana taknya, kalau bahagian berkenaan tak selesa, boleh bad mood terus seharian.

Pencuci Wanita Smelly-No-More

pencuci wanita smelly no more

Untuk itu, Total Image memperkenalkan Pencuci Wanita Smelly-No-More dengan 3 variasi baru bagi penjagaan Miss V yang semestinya Halal:

Brightening

Diperkaya dengan ekstrak Bidara yang membantu mencerahkan kulit dan mengembalikan keyakinan wanita. Bukan kulit wajah je ada untuk brightening tau!

Soothing

Dengan tambahan ekstrak Teh Hijau yang memberikan kesan penyejukan dan kesegaran, sesuai untuk remaja dan wanita aktif. Bila guna rasa sejuk je, memang best.

Hydra-protect 

Bahan Habbatussauda memberikan ciri kelembapan tanpa rasa tegang dan kering yang berlebihan. Varian ni sesuai untuk wanita selepas bersalin atau dalam fasa menopause.

Paling penting harganya juga sangat berpatutan, hanya RM22.90 untuk penggunaan sehingga 3 bulan!

Kenapa produk Smelly No More patut jadi pilihan?

smelly no more deodoran

Untuk menjamin produk boleh digunakan semua peringkat umur, Total Image sentiasa memastikan formulasi adalah bebas dari bahan-bahan yang mampu mencetuskan iritasi. Ini sebab kenapa Smelly No More patut dipilih:

Formulasi berasaskan alam semula jadi: Semburan Deodoran diperbuat daripada Garam Mineral Semula Jadi berserta air tulen tanpa kandungan alkohol dan Aluminium Chlorohydrate. Manakala, Pencuci wanita mempunyai gabungan bersama tumbuh-tumbuhan bersifat merawat seperti kacip fatimah, manjakani, bidara, habbatus sauda, teh hijau dan banyak lagi.

Tanpa Paraben: Semua rangkaian Smelly-No-More tidak mengandungi Parabens yang membahayakan kesihatan.

Tanpa bahan iritasi: Semburan deodoran tidak mengandungi bahan penyebab iritasi seperti bahan anti-peluh (Aluminium Chlorohydrate yang berisiko menyumbat liang roma dan menghalang perpeluhan secara semula jadi berlaku). 

pencuci wanita smelly no more

Pencuci wanita pula tidak mengandungi SLS dan sabun yang boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kegatalan selanjutnya pada bahagian kewanitaan. 

Tanpa pewangi, pewarna dan pengawet tiruan: Kedua-dua rangkaian ini tidak mengandungi bahan aditif tiruan yang boleh merangsang reaksi alahan.

Hipoalergenik: Kesemua rangkaian Smelly-No-More bersifat hipoalergenik dan sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit dan peringkat umur remaja dan dewasa.

Kini, semua produk Smelly-No-More boleh diperoleh secara atas talian melalui laman web rasmi Total Image di https://totalimage.com.my/collections/smelly-no-more atau di farmasi-farmasi terpilih berhampiran dengan anda, termasuk rangkaian Guardian, Watsons, dan banyak lagi. 

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan produk Smelly No More dengan menghubungi [email protected] atau +603-2276 1366.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...