Pernah mengalami detik mencemaskan apabila diserang ‘Anxiety Attack’ iaitu gangguan kebimbangan melampau atau keresahan pada Ogos lalu, pelakon Datin Diana Danielle mendedahkan dirinya kini lebih tenang.
Diana meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat sokongan kuat daripada suaminya, Datuk Farid Kamil untuk melawan gangguan tersebut. Farid sering menasihatinya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan solat setiap kali dia mula terasa hampir terkena serangan itu kembali.
Sekarang saya lebih sensitif dengan badan serta minda dan kalau mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tidak okey. Saya juga sudah pandai rasa sebelum ia menyerang kembali. Kalau dulu saya selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi senang untuk atasinya sekarang.
Farid suka nasihatkan saya untuk selalu dekati Tuhan, minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat.
Terdahulu, Diana tidak dapat menahan rasa sedihnya selepas di serang Anxiety Attack. Menerusi laman Instagram, dia berkongsi video dirinya menangis teresak esak akibat mengalami masalah sukar bernafas. Gangguan kebimbangan melampau itu juga menyebabkan Diana sukar tidur, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh dan hilang selera makan.
Menurut Diana perkongsiannya itu bukanlah untuk meraih simpati tetapi demi kesedaran orang ramai agar tidak mengambil ringan mengenai serangan tersebut.
indah biasa
November 4, 2019 at 9:33 am
amboi karok, kang macam timah maembong ko meroyan lagi, biarlah dia slow slow buat perubahan dan mudah mudahan terus istiqamah. cara ko becakap pun dah tau jenis mcm ne, klu betul2 ikut cara ko cakap ni, patutnya ko tak de kat sini.
Anonymous
November 4, 2019 at 8:54 am
tak mengapa la kalau dia berhijab pun.. jangan pukul rata semua orang sama..
korok
November 4, 2019 at 8:35 am
so kena la berubah…dh solat ubah la pakaian tu…ko dh mak org kot…bkn muda lagi…terdedah sana cni…budak tadika pun pandai dh pakai tudung…mana la jiwa nak tenang..jgn bg alasan blom smpi hidayah la seru la bab mati x tggu ko dpt hidayah
Adudu
November 2, 2019 at 12:27 pm
Xpayah nak berhijab xdan xdan… Slow2 pakai baju loose2 dulu…. Baju2 labuh….
Kalau x jadi cam hajah….