“Lebih Setahun Saya Naik Turun Mahkamah..” – Shuhada Bersyukur Dapat Tambah Ibu Sebagai Penjaga Anak, Mohon Kerjasama Hafidz

Hiburan

“Lebih Setahun Saya Naik Turun Mahkamah..” – Shuhada Bersyukur Dapat Tambah Ibu Sebagai Penjaga Anak, Mohon Kerjasama Hafidz

Bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada merasa lega apabila permohonannya untuk menambah ibunya sebagai penjaga sah anak-anaknya diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari ini.

Bersyukur dengan keputusan

Meskipun terkilan bekas suaminya gagal untuk menghadirkan diri bagi kes perbicaraan tuntutan hadanah yang berlangsung pada hari ini, Shuhada tetap bersyukur sekurang-kurangnya permintaannya diluluskan.

Advertisement

Namun begitu, dia berharap Hafidz dapat bekerjasama dalam urusan mereka agar cepat dapat diselesaikan.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan tersebut tetapi perbicaraan interim hadanah masih belum selesai.

 

Dah lebih satu tahun saya turun naik mahkamah tapi perkara ini masih belum selesai. Saya nak fight untuk anak-anak dan nak mereka bahagia.

 

Jadi, saya harap lepas ini dia (Hafidz) bagi kerjasama. Bila kita mudahkan kerja orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita.

@beautifulnara  #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment ♬ AMG – Connor Price & Killa

Kes hadanah ditunda lagi

Bukan itu sahaja, Peguam Syarie kepada Shuhada, Syarie Nurfarhana Abd Manaf juga telah memberi kenyataan bahawa sebutan baru kes ini ditetapkan pada 28 Mei depan.

Hari ini keputusan untuk permohonan anak guam menambah pihak ibunya sebagai penjaga kepada anak-anaknya.

 

Mahkamah sudah meluluskan penambahan ibu Shuhada sebagai pihak dalam kes interim dan induk hadanah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Sebelum ini, kes tuntutan hadanah antara Hafidz dan Shuhada terpaksa ditangguhkan apabila aktor tersebut bertindak untuk menarik semula persetujuan hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya itu.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum sah bercerai pada 27 Julai tahun lepas. Mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata bersama.

shuhada
9 months ago

"Selepas 10 Bulan, Semalam Baru Dia Hubungi.." - Terlalu Rindukan Hafidz Roshdi, Shuhada Dedah Anak Minta Beli 'Robot' Jadi Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...