Lebih Separuh Lelaki Kahwin Di Thailand Bergelar ‘Datuk’ Sebab Isteri Pertama Tak Bagi ‘Green Light’

Kehidupan

Lebih Separuh Lelaki Kahwin Di Thailand Bergelar ‘Datuk’ Sebab Isteri Pertama Tak Bagi ‘Green Light’

Lebih separuh lelaki Malaysia yang merentasi sempadan Malaysia-Thailand untuk bernikah di Narathiwat, mempunyai gelaran ‘Datuk’.

Jelas Majlis Agama Islam Narathiwat, kesemua ‘Datuk’ ini berbuat sebegitu gara-gara tidak mendapat kebenaran daripada isteri pertama mereka dan seperti sedia maklum, ia merupakan pra-syarat untuk berpoligami di Malaysia.

Advertisement

Abdul Rahman Yusof, ahli jawatankuasa majlis berkata sebelum pandemik Covid-19 berlaku, kira-kira 100 lelaki Malaysia akan berkahwin di selatan Thailand setiap bulan

Bagaimanapun, selepas sempadan dibuka semula, jumlah itu menjadi 40 hingga 70 rakyat Malaysia dari wilayah kecil Sungai Golok sahaja.

Mereka datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Daripada pekerja kolar biru biasa kepada kakitangan kerajaan dan VIP, termasuk mereka yang bergelar ‘Datuk.”

Selain berkahwin di Narathiwat tanpa pengetahuan pasangan mereka, ada juga beberapa pasangan yang membawa diri ke sana untuk bernikah kerana mendapat bantahan ibu bapa.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam dan Agama Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata mana-mana pasangan dari negeri itu yang bernikah di Thailand perlulah mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pihak berkuasa agama Malaysia sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

“Tiba-Tiba Tahu Kahwin” - Puteri Sarah Dakwa Syamsul & Ira Bernikah Secara Rahsia Di Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...