Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lebih Senang Bersikap Neutral, Neelofa Puji Sharnaaz Sebagai Bapa Bertanggungjawab

neelofa puji sharnaaz ahmad

Meskipun sudah bercerai dengan kakaknya iaitu Noor Nabila, Neelofa tidak segan untuk mengakui bahawa Sharnaaz Ahmad ialah seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak tunggalnya, Jebat Jayden.

Jelas Neelofa, sikap pelakon lelaki itu yang berkorban hampir saban hari bagi meluangkan masa berjumpa Jebat patut dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

Advertisement

neelofa puji sharnaaz ahmad

Walaupun kes penceraian mereka sudah lama berlarutan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hal tersebut telah membantu kedua-dua Noor Nabila dan Sharnaaz dalam menjalankan ‘co-parenting’ buat Jebat.

“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercerai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.”

Bagi Neelofa, bukan mudah bagi seseorang untuk menjenguk anaknya pada saban hari. Malah dia berharap agar Jebat akan menghargai pengorbanan ayahnya apabila tahu mengenai hal ini dan menonton rakaman video yang ada.

neelofa puji sharnaaz ahmad

Advertisement

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz, Neelofa mengatakan bahawa dia neutral sahaja dan sebolehnya tidak mahu mencampuri urusan lelaki itu dan kakaknya.

“Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.”

Tambahnya lagi, tak perlu dia menjadi kawan mahupun musuh dan adalah lebih baik dia menjadi neutral sahaja.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top