Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lebih Selesa Simpan Hal Agama Kepercayaannya, Alicia Amin Pelik Kenapa Ramai Sibuk Ingin Tahu

alicia amin ditanya hal agama

Model terkenal iaitu Alicia Amin sepertinya tidak mampu menarik nafas yang panjang apabila netizen sering mengasaknya mengenai soalan peribadi. Dek penampilan yang bebas, ramai sering mengungkit hal agama kepadanya.

Sesak dengan pertanyaan tersebut, ayah wanita itu sendiri iaitu Dr Raja Amin telah tampil dan ‘membahasakan’ seorang individu supaya menjaga aib sendiri dan tidak perlu sibuk mengenai perihal anaknya.

Advertisement

alicia amin dan ayahnya

Pun begitu masih ramai lagi mempertikaikan agama sebenar yang dianut oleh Alicia Amin apabila wanita itu mendedahkan bahawa ada beberapa individu yang ‘menyerang’ pula adiknya.

alicia amin diserang

Penat asyik dibebani dengan isu yang sama, Alicia Amin meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa orang luar perlu ambil tahu mengenai sesuatu yang sangat peribadi mengenai dirinya. Walhal ahli keluarganya yang lain menerima pilihan dia seadanya.

Advertisement

alicia amin diserang

Malahan model itu mendedahkan bahawa semasa dia dianugerahkan Google kerana memasuki antara 10 carian teratas di Malaysia pada tahun 2017, paling banyak yang dicari mengenainya adalah tentang agamanya.

Alicia Amin meluahkan rasa pelik dengan hal tersebut memandangkan dia sendiri tidak akan semata-mata pergi mencari agama yang dianuti oleh Gong Yoo dan Angelina Jolie tanpa sebarang sebab.

alicia amin diserang

Selepas meminta pendapat daripada pengikutnya mengenai hal tersebut, rata-rata daripada mereka menganggap bahawa status agama adalah satu hal peribadi dan tidak perlu dihebohkan kepada orang lain.

Justeru itu, Alicia Amin meluahkan rasa pelik kenapa ramai rakyat Malaysia yang perlu ambil tahu mengenai perkara tersebut. Adakah ia disebabkan oleh cara mereka dibesarkan, pendidikan atau pun pendedahan kepada jenis media?

alicia amin diserang

Sering dipersoalkan mengenai hal yang sama sejak awal kemunculannya, sepertinya Alicia Amin penat dengan hal tersebut.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Zioe

    June 25, 2020 at 7:04 pm

    Knp org asyik tnya?…sbbnya awk org popular…tu je….kalau awk x popular…mmg pergi jalan la kan…bila popular org2 akan follow u dr semua angle…tu je…

    • Anonymous

      June 26, 2020 at 1:06 am

      famous for the wrong reasons

  2. G

    June 25, 2020 at 1:25 pm

    Betul lh ..sorry mmg geli x lalu nk telan..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top