Lebih RM200,000 Lesap, Polis Sahkan Bekas Suami A. Aida Suspek Utama

Hiburan

Lebih RM200,000 Lesap, Polis Sahkan Bekas Suami A. Aida Suspek Utama

Baru-baru ini penerbit Datuk A. Aida mendedahkan mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat kes kecurian. Dua transaksi dilakukan tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Perkara itu dilakukan oleh individu yang pernah rapat dengan A. Aida dan segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff pada Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.

Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat.

Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, A. Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut. Transaksi itu dilakukan pada 1 Mac 2019 sekitar jam 5.45 pagi sebelum A. Aida berangkat ke Mesir. Keseluruhan jumlah wang yang hilang adalah RM213,805.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...