June 11th, 2020

Berlatar belakang kan lagu Wanita Terbahagia nyanyia Bunga Citra Lestari, pelakon versatil, Rita Rudaini telah berkongsi momen bahagia anak-anaknya yang sedang lari berkejaran di laman instagram miliknya.

Manakala menerusi ruangan kapsyen, Rita meluahkan rasa kenikmatan membesarkan anak-anak walaupun hanya bersendirian. Dia juga turut berkata bahawa dirinya lebih rela menjadi seorang ibu yang bahagia berbanding menjadi isteri bahagia.

 

View this post on Instagram

 

Bila dah rasa nikmat membesarkan ank2 sendirian,sisturr lebih rela memilih utk jd seorg ibu yg bahagia drpd seorg isteri yg bahagia….nikmat Pure love ?

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Bila dah rasa nikmat membesarkan anak-anak sendirian, sisturr lebih rela memilih untuk jadi seorang ibu yang bahagia daripada seorang isteri yang bahagia..nikmat Pure Love,”

 Di ruangan komen, netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Rita Rudaini bersama anak-anaknya turut mendoakan agar dia terus tabah dalam membesarkan anak-anak walau tiada kehadiran suami di sisi.

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 namun tidak bertahan lama dan bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.


3 responses to “Lebih Rela Jadi Ibu Yang Bahagia Daripada Jadi Isteri Yang Bahagia – Rita Rudaini”

  1. Anonymous says:

    madame beautiful

  2. Heri Bote says:

    sembangg….dah dapat batang sedap nanti tau la bahagia ke tak bahagia,,tujam mata hitam pun hilang

  3. Kakaksangat says:

    Betulll.dari dapat suami yg pemalas.semua kerja Bini nk buat .tau buat anak .baik sendiri lagi bagus

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...