Berlatar belakang kan lagu Wanita Terbahagia nyanyia Bunga Citra Lestari, pelakon versatil, Rita Rudaini telah berkongsi momen bahagia anak-anaknya yang sedang lari berkejaran di laman instagram miliknya.
Manakala menerusi ruangan kapsyen, Rita meluahkan rasa kenikmatan membesarkan anak-anak walaupun hanya bersendirian. Dia juga turut berkata bahawa dirinya lebih rela menjadi seorang ibu yang bahagia berbanding menjadi isteri bahagia.
“Bila dah rasa nikmat membesarkan anak-anak sendirian, sisturr lebih rela memilih untuk jadi seorang ibu yang bahagia daripada seorang isteri yang bahagia..nikmat Pure Love,”
Di ruangan komen, netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Rita Rudaini bersama anak-anaknya turut mendoakan agar dia terus tabah dalam membesarkan anak-anak walau tiada kehadiran suami di sisi.
Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 namun tidak bertahan lama dan bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.