Lebih Ramai Pegawai Bank Akan Ditangkap Kes Rasuah & Pengubahan Wang Haram – Azam Baki

Berita

Lebih Ramai Pegawai Bank Akan Ditangkap Kes Rasuah & Pengubahan Wang Haram – Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan menahan lebih ramai pegawai bank susulan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan pengarah firma perunding kewangan dan pegawai bank.

Menurut Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki, satu operasi yang dinamakan Op Sky telah dijalankan dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa institusi kewangan dalam negara.

Advertisement

Tan Sri Azam Baki

 

Dalang sindiket akan disiasat

Katanya, sebelum ini pasukan operasi telah melakukan serbuan dan seramai 12 individu yang disyaki terlibat telah ditangkap termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan dan seorang pengurus manakala seorang bekas pengurus jualan institusi perbankan telah ditahan reman pada pagi Selasa.

Tambah Azam, dalang sindiket ini adalah di antara 12 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan. Justeru, siasatan lanjut akan ditumpukan kepada individu yang disyaki dalam tempoh seminggu akan datang.

Berdasarkan siasatan kami setakat ini, kami percaya sindiket itu akan memohon pinjaman melalui pelbagai bank dan akan menerima bayaran berjumlah satu peratus daripada nilai pinjaman sebaik sahaja ia diluluskan.

permohonan diluluskan

Syarikat perunding kewangan tersebut kemudiannya dipercayai akan membantu dalam penyediaan dokumen yang mengandungi maklumat palsu sebelum dihantar ke beberapa institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman.

Hasil siasatan juga menunjukkan syarikat perunding akan mendahulukan wang mereka kepada peminjam untuk melangsaikan hutang tersebut.

Selepas itu apabila pinjaman diluluaskan, peminjam akan membayar semula pendahuluan tersebut manakala baki pinjaman pula dilaburkan dalam satu skim pelaburan.

wang ringgit

Dalam operasi yang dijalankan ini, SPRM turut membekukan 70 akaun syarikat dan individu membabitkan nilai sebanyak RM16.2 juta.

SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan pelbagai jenama terdiri daripada Ferrari F8 Spider, Lexus RC300, Mercedes-Benz GLC43, BMW, Toyota Alphard, Mazda serta Honda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

beg tangan Vivy selalu shof off di IG kena siasat
2 months ago

FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...