Lebih Mesra Alam, Lotus’s Malaysia Henti Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Julai

Trending

Lebih Mesra Alam, Lotus’s Malaysia Henti Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Julai

Dilaporkan bermula 1 Julai ini, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang dulunya dikenali dengan nama Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd bakal menghentikan pemberian beg plastik di kaunter pembayaran setiap cawangan Lotus’s Malaysia, lapor Harian Metro. 

Langkah ini seiring dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 oleh kerajaan pusat. Ianya menunjukkan satu tindakan yang minimal dengan membawa beg guna semula ketika membeli barang demi menjaga alam sekitar sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan iaitu ‘Bawa Pulang Perubahan’ atau Bring Home Change’

Advertisement

Langkah ini sudah bermula di Lotus’s Penang E-Gate pada 15 Jun diikuti dengan Lotus’s Tebrau dan seterusnya 60 cawangan lain bermula 1 Julai.

“Langkah yang dilakukan dengan tidak menawarkan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran adalah selaras dengan prinsip perniagaan lestari kumpulan.”- Presiden Lotus’s, Kenneth Chuah

Pihaknya juga bakal menilai semula packaging barangan berjenama Lotus’s supaya lebih mesra alam. Bukan itu saja, pelanggan yang menggunakan beg guna semula mereka sendiri akan mendapat lapan mata ganjaran Clubhard untuk setiap beg.

Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukar kepada baucar tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan di mana-mana cawangan Lotus’s. Pelanggan boleh bawa beg mereka tersendiri atau membeli beg guna semula Lotus’s bermula dengan harga 50 sen sehingga RM 9.90.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...