Menerusi laman TikTok baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan bahawa pencipta kandungan boleh meraih sehingga RM80,000 hanya untuk tiga kandungan saja dan pendedah tersebut curi perhatian warganet.
Dapat dilihat dari video yang dimuat naik, wanita bernama Adalyna itu menceritakan pengalamannya makan bersama seorang rakan yang bekerja dalam industri media.
Difahamkan, rakan Adalyna itu memberitahu bahawa syarikatnyq baru menandatangqni kontrak bagi membayar ‘content creator’ sebanyak RM80,000 untuk tiga kandungan saja.
Dari pendedahan yang dilakukan, terbukti bahawa ada syarikat yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit buat pencipta kandungan memuat naik kandungan berkualiti.
Susulan video tersebut tular, rata-rata netizen terbuka hati menawar diri mereka mahu menjadi pencipta kandungan selepas mengetahui ‘gaji’ yang akan diterima.