Setelah memberi beberapa keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), akhirnya tindakan telah diambil ke atas isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: Awani
Dia ditahan SPRM hari ini pada pukul 3.20 petang selepas disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Rosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi, esok.
Difahamkan, Rosmah bakal berdepan sekurang-kurangnya 15 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM7 juta.

Sumber: Kosmo
Dakwaan tersebut di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
Kesalahan-kesalahan tersebut dilakukannya diantara tahun 2013 dan 2014. Antara pertuduhan yang dikenakan ialah peranannya dalam skandal 1MDB.
Kronologi pertuduhan Najib dan Rosmah
5 Jun
Rosmah disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah subsidiari, 1MDB.
4 Julai
Najib dituduh dengan 3 tuduhan pecah amanah 1 tuduhan salah guna kuasa berkaitan sejumlah RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank miliknya daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
8 Ogos
Najib didakwa di bawah Amlafta atas 3 tuduhan pengubahan wang berkaitan transaksi yang sama.
20 September
Najib dituduh dengan 21 tuduhan pengubahan wang haram dan 4 tuduhan salah guna kuasa mengenai RM2.28 bilion yang diterima dalam akaun bank peribadi.
Najib bebas dengan ikat jamin mencecah RM4.5 juta dan perbicaraan dijangka bermula di Mahkamah Tinggi awal tahun depan.
26 September
Rosmah memberi keterangan kali kedua hampir 13 jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
3 Oktober
Selepas memberi keterangan kali ketiga di SPRM, Rosmah ditahan pada pukul 3.20 petang selepas disoal siasat selama lima jam.