Lebih Kurang 1,000 Orang Saya Block Di Instagram – Rozita Che Wan

Hiburan

Lebih Kurang 1,000 Orang Saya Block Di Instagram – Rozita Che Wan

Fuh~~~ 1,000 orang tue dah kena “block” dengan Rozita Che Wan daripada mengikuti akaun Instagramnya. Nasib baik Abang Nara tidak tergolong dalam 1,000 orang yang malang itu. Tak dapat bayangkan kerugian tidak dapat melihat gambar-gambar cantik manis, jelita menawan yang dikongsikan oleh Che Ta. Kalau peniaga di Instagram lagilah rugi. Tak dapat buat iklan menerusi komen di gambar-gambar Che Ta.

che ta

Advertisement

Bagi Abang Nara tak ada masalah untuk Che Ta mem”block” sesiapa yang tidak disukainya di Instagram. Dah namanya pun akaun Instagram miliknya, suka hati Che Ta lah nak buat apa. Rasanya yang kena “block” nie mesti yang bagi komen tak ingat dunia punya. Kalau Abang Nara jadi Che Ta pun confirm akan “block” punya. Kata Che Ta menerusi Mstar Online:-

Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow. Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun. Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang.

Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je

che ta

Biasalah komen-komen nakal ini memang ada di mana-mana. Memang ada jenis manusia yang tak suka tengok orang lain gembira. Buat tak tahu sahaja. Kalau kita layan, lagi naik tocang mereka ini. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?
bbwP.S: Sempena Hari Bapa ini, BestBuyWorld menawarkan harga diskaun yang amat hebat untuk anda mendapatkan hadiah buat ayah tercinta. Pelbagai produk dan tawaran menarik ada disediakan untuk pilihan anda. Jom LIKE Facebook BestBuyWorld untuk mengetahui promosi sempena Hari Bapa ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...