“Lebih Kepada Kau Yang Jahat, Gila Harta!” – Dapat Anak & Semua Harta, Wanita Kongsi Tips Bercerai Teruk Dikecam

Kehidupan

“Lebih Kepada Kau Yang Jahat, Gila Harta!” – Dapat Anak & Semua Harta, Wanita Kongsi Tips Bercerai Teruk Dikecam

Sedia maklum, sejak munculnya platform media sosial, ramai pengguna menggunakan ia untuk berkongsi banyak perkara. Tidak kira tentang kisah hidup, tips berguna, cerita viral dan banyak lagi.

Namun begitu, seorang wanita di platform X baru-baru ini ada berkongsikan tips yang telah membuatkan netizen berasa berang.

Advertisement

Kongsi ‘tips’ untuk individu mahu cerai

Tips yang dikongsikan ditujukan buat individu yang mahu bercerai dengan pasangan mereka dan dalam perkongsiaan itu, wanita tersebut memberitahu dia telah memegang duit suami 100% dan si suami meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada dia.

Bukan itu saja, malah dia meminta suami untuk menyerahkan rumah padanya serta anak dan permintaan tersebut turut dituruti oleh lelaki berkenaan.

Timbul ura-ura suami mahu kahwin lain

Katanya lagi, apabila timbul ura-ura suami mahu berkahwin lain, dia enggan bermadu dan dengan mudah menghalau suami daripada rumah yang diduduki, lebih-lebih lagi rumah itu sudah pun menjadi milik wanita itu sepenuhnya.

Selepas itu, barulah dia meneruskan proses penceraian bersama suami.

Keputusan yang dibuat sama sekali tidak disesali oleh wanita terbabit kerana anak dan harta dapat kepada dia sepenuhnya.

Netizen berang, tak bersetuju

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan wanita tersebut terhadap si suami dan berkongsikan ‘tips’ terbabit di laman media sosial.

komen

komen

Malah, kaum wanita turut merasakan perbuatan wanita tersebut terhadap suaminya sangat jahat dan sama sekali tidak akan menggunakan tips-tips yang diberi.

curang
10 months ago

"Sepanjang Kahwin Aku Tak Pernah Naik Suara.." - Baru Setahun Bersama, Lelaki Kecewa Isteri Curang Dengan Rakan Universiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...