Lebih Jimat & Berbaloi, KFC Tawar Set Jimat Hari-Hari Dengan Harga Serendah RM9.99

Branded

Lebih Jimat & Berbaloi, KFC Tawar Set Jimat Hari-Hari Dengan Harga Serendah RM9.99

Kadang-kadang ada juga rasa nak belanja keluarga dengan makanan yang lazat dan luangkan masa bersama. Lagi-lagi kalau dah dapat gaji, rasa macam nak “self-reward” sambil happy kan family.

Tapi nak bawa semua orang keluar makan, nampaknya dapat gaji terus pokai ni.

Eh, kenapa macam tu, KFC kan dah ada set Jimat Hari-Hari. Lebih jimat, lebih berbaloi dan pastinya lebih lazat sehingga menjilat jari.

KFC Jimat Hari-Hari Serendah RM9.99

Jimat Hari-Hari

Kalau anda nak tahu, KFC kini memperkenalkan 9 set untuk dipilih bagi set Jimat Hari-Hari. Paling best, anda boleh dapatkan set ini dengan harga serendah RM9.99.

Wow! Ini betul-betul jimat. Ehem, dah tak ada alasan ya nak belanja keluarga lepas ni.

Dah la lebih jimat, kelazatannya tetap SAMA! Rangup di setiap gigitan dengan rasa yang tidak dapat dilupakan, menemani anda di setiap waktu.

Cipta Memori Terindah Bersama KFC Jimat Hari-Hari

Jimat Hari-Hari

Nikmati kelazatan di setiap gigitan dengan harga terendah hanya di KFC. Anda boleh menikmati set Jimat Hari-Hari di setiap cawangan KFC di seluruh Malaysia (kecuali outlet Genting, Legoland dan lapangan terbang).

Cuba check di SINI, untuk dapatkan lokasi terdekat dengan anda.

Jimat Hari-Hari

“Ayam goreng satu, nasi lemak satu, hmm apa lagi ya? Eh, jangan lupa burger”

Uish, dah start order ke tu? Mana taknya, inilah masa yang sesuai untuk anda menikmati setiap hidangan KFC Jimat Hari-Hari dengan harga terendah.

Anda dah boleh order seawal jam 10.00 pagi, bagi set Jimat Hari-Hari, setiap hari tau. Dapatkan set Jimat Hari-Hari dengan walk in di mana-mana cawangan terpilih, ataupun tinggal pesan di aplikasi KFC untuk Self Collect.

Jimat Hari-Hari Dengan 9 Hidangan Yang Boleh Dipilih

Jimat Hari-Hari

Jimat Hari-Hari

Jimat Hari-Hari

Dah la harga makin murah, boleh nikmati setiap hari pula tu. Anda tinggal pilih je set Jimat Hari-Hari untuk dinikmati sehingga 9 hidangan. Confirm dapat lebih jimat macam ni.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak promosi dari KFC, dengan layari laman web rasmi KFC, atau ikuti laman sosial rasmi KFC di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...