Lebih Epik! Nikmati Kelajuan Internet Tanpa Gangguan Dengan Pek Epik! Tune Talk

Gaya Hidup

Lebih Epik! Nikmati Kelajuan Internet Tanpa Gangguan Dengan Pek Epik! Tune Talk

Siapa dekat sini selalu annoyed bila tengah syok binge watch drama tiba-tiba buffering, kita geng! Rasa macam nak campak je telefon tu betul tak? 

Bukan itu saja, duit pun banyak habis beli pelan data yang belum tentu dapat beri kelajuan internet yang diingin. 

Advertisement

Namun, untuk anda yang mengalami nasib ini, tak perlu runsing, bertukar saja kepada Tune Talk! 

Menariknya, baru-baru ini mereka hadir dengan pelan internet baru yang menawarkan kelajuan internet, nilai dan kelimpahan data untuk pengalaman digital yang lebih epik iaitu Pek Epik

Disebabkan menerima permintaan banyak untuk penggunaan data internet, Tune Talk hadir dengan pek terbaru, Pek Epik! yang memberi pelbagai manfaat menarik kepada pengguna tau. 

Selain memberikan kelajuan internet optimum, Pek Epik! juga menawarkan kelancaran yang smooth untuk aplikasi harian yang anda guna serta anda boleh nikmati penstriman video tanpa buffering. Wah, bestnya! 

Internet laju

Untuk anda yang berminat, Pek Epik! hadir dengan tiga (3) pelan berbeza iaitu: 

Epik 35

Dengan hanya RM35 sebulan untuk Epik 35, anda boleh nikmati internet sebanyak 130GB beserta 5GB hotspot tambahan. Wah, seriuslah?!

Pek ini turut menawarkan akses tanpa had kepada pelbagai aplikasi chat, sosial dan video yang popular seperti WhatsApp, WeChat, Viber, Line, imo, TikTok, Instagram, X, YouTube, Youtube  Kids, Netflix, Viu, Astro Go, dan iQiYi. Untungnya macam ni!

Epik5G 45

Disebabkan kita pun dah ke arah rangkaian 5G, Tune Talk perkenal SIM prabayar 5G pertama yang dicipta untuk menyerlahkan pengalaman pendigitalan anda. 

Menerusi pelan ini, ia dapat memaksimumkan produktiviti anda kerana pelan ini menawarkan 5G tanpa had dengan internet berkelajuan tinggi, tertakluk kepada polisi penggunaan saksama 70GB, serta ia turut menyediakan 30GB internet untuk perkongsian hotspot. 

Jadi, dengan hanya RM45 sebulan, anda boleh nikmati semua kelebihan ini tau! 

Epik 50

Pelan terakhir ni kami jamin confirm ramai akan suka sebab dengan hanya RM50 sebulan, anda dapat menikmati data internet sebanyak 500GB dengan kelajuan 6Mbps dalam promosi terhad sehingga 31 Disember 2023! Pergh, mesti laju!

Menariknya, pelan ini menyediakan pengalaman definisi tinggi untuk anda yang gemar menonton video penstriman HD daripada pelbagai aplikasi video atas permintaan (VOD) terkini. 

Selain itu, Ia juga menawarkan 5GB berkelajuan tinggi hotspot tambahan untuk meningkatkan pengalaman data keseluruhan. Bestnya!

Dengan prabayar Pek Epik! ini, anda dapat rasai pengalaman kelajuan internet yang lebih optimum yang sesuai dengan keperluan harian anda. 

Kalau anda berminat untuk dapatkan Pek Epik! ini, ia akan tersedia di seluruh negara bermula 27 Oktober ini. Jadi, ucapkan selamat tinggal internet perlahan dengan Tune Talk! 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Tune Talk, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.  

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...