Menjelang bulan Ramadan ini, sudah pastinya ramai yang ternanti-nanti rancangan kegemaran ramai iaitu ‘Jejak Rasul’ kan?
Mesti ada yang berfikiran bahawa mungkin rancangan tersebut hanya akan mengulang tayang musim-musim lalu memandangkan kita semua tidak boleh ke luar negara dek pandemik COVID-19 yang masih belum reda kan?
Berita baik untuk anda kerana menurut pengacaranya iaitu Fedtri Yahya, ‘Jejak Rasul’ akan kembali dengan musim baru pada Ramadan kali ini malah menampilkan lokasi yang sangat istimewa bagi semua iaitu Malaysia sendiri. Teruja kan?
Kurang daripada 30 hari, Ramadan bakal menjelma. Jejak Rasul bakal temani anda seperti selalu. Buat pertama kalinya… Di Malaysia ?
Menggali citra dan prasasti sejarah,
antara kalam ulama dan tulus titah— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) March 14, 2021
Malah rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut kerana program itu memainkan peranan yang penting apabila bulan bermakna tiba pada saban tahun.
Bukan itu sahaja, semua nampaknya tak sabar nak melihat ‘Jejak Rasul’ edisi Malaysia ini oleh sebab sinematografi yang memukau selain banyak babak rencah budaya dan kehidupan seharian yang dekat dengan hati penduduk tanah air.
Jadi, jangan lupa untuk tonton ‘Jejak Rasul’ pada April nanti!