Lebih Dari 80 Orang Menggunakan Ijazah Palsu Untuk Berkerja Di Malaysia

Kehidupan

Lebih Dari 80 Orang Menggunakan Ijazah Palsu Untuk Berkerja Di Malaysia

Dianggarkan satu daripada 20 pekerja berpotensi di Malaysia mempunyai kelayakan palsu manakala satu daripada 10 mempunyai kelayakan dari institusi yang tidak diiktiraf menurut sebuah agensi penyiasatan korporat yang menjumpai.

Ini adalah dokumentari dari negara luar yang memaparkan senarai kemungkinan lebih daripada 80 rakyat Malaysia dengan alamat tempatan didakwa membeli gelaran palsu melalui Axact, sebuah firma Pakistan yang digelar kilang ijazah.

Advertisement

Menurut The Star, Datuk Seri Akhbar Satar merupakan pengarah urusan Akhbar & Associates, sebuah agensi yang menjalankan pemeriksaan latar belakang mengenai pengambilan pekerja berpotensi bagi syarikat berkata, 5% daripada 7% orang disiasat mempunyai ijazah palsu manakala 10% hingga 15% pula mempunyai ijazah dari universiti yang tidak diiktiraf.

Kebanyakkan orang mempunyai ijazah palsu memohon pekerjaan pengurusan kanan dan ia berlaku di pelbagai industri, termasuk bank, klinik dan hospital,” kata Akhbar, yang juga presiden Persatuan Penilai Penipuan (Malaysia Chapter) dan bekas presiden Transparency International Malaysia.

Akhbar menjawab tentang dokumentari Al-Jazeera yang berkunjung ke kilang yang memberi gelaran palsu di Pakistan yang mendedahkan senarai nama mereka yang didakwa membeli kelayakan palsu, termasuk PhD dan Sarjana dari Axact.

Walaupun nama “pelajar” dalam senarai itu dirahsiakan, ia menunjukkan bahawa mungkin lebih daripada 80 rakyat berserta dengan alamat tempatan.

Senarai itu dirampas oleh pihak berkuasa Pakistan ketika mereka menyerbu premis Axact.

Pengasas Axact, Shoaib Ahmed Shaikh kemudian ditangkap dan didakwa atas tuduhan menipu.

Dalam dokumentari 101 East, beribu-ribu pemegang ijazah palsu itu didapati bekerja sebagai doktor, jururawat, guru dan jurutera di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.

Beribu-ribu juga orang bekerja dalam sektor keselamatan menggunakan kelayakan palsu yang dimiliki.

Dokumentari selama 25 minit ini juga mendedahkan taktik jualan yang digunakan oleh universiti dalam talian palsu yang menjanjikan beribu-ribu pelajar yang membayar untuk memperoleh kelayakan tanpa perlu menghadiri mana-mana kelas ataupun mengambil sebarang peperiksaan.

Sebanyak 370 universiti dalam talian yang palsu berpangkalan di Amerika Syarikat, dikaitkan dengan syarikat perisian Pakistan, Axact, antaranya Brooklyn Park University, Universiti Nixon dan Newford University.

Antara yang didapati telah membeli PhD palsu adalah bekas perancang dan menteri kewangan Myanmar, Kyaw Win. Beliau mengaku membeli kelayakannya dari universiti fiksyen Brooklyn Park.

Akhbar berkata, Malaysia adalah “salah satu negara yang paling teruk” untuk sindikit membeli ijazah palsu kerana pemeriksaan latar belakang di Malaysia sangat longgar.

Kebanyakan syarikat, katanya, tidak membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja mereka yang menggunakan ijazah palsu dan hanya mengambil tindakan dalaman sahaja.

Akhirnya, pemegang ijazah palsu ini tidak mempunyai rekod penipuan mereka dan akan mendapat pekerjaan di syarikat lain. Mereka akan terus bekerja dalam sistem, “kata Akhbar, sambil menambah bahawa syarikat-syarikat mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Dr Rahmah Mohamed berkata, tiada organisasi yang seharusnya mengamalkan amalan kelayakan palsu itu.

Beliau berkata adalah penting untuk orang ramai, terutama majikan, untuk memastikan kelayakan pekerja mereka diakreditasi oleh agensi akreditasi.

Kerajaan Malaysia telah meletakkan keutamaan pendidikan tinggi sebagai faktor utama dalam menghasilkan sumber manusia yang kompetitif dan berbakat untuk menyokong kemajuan negara,” katanya sambil menambah ia telah menubuhkan sistem akreditasi melalui MQA dan badan-badan profesional dan pengawalseliaan yang lain.

Majikan katanya boleh menyemak secara online senarai program akreditasi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi Malaysia melalui Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) serta badan-badan profesional dan pengawalseliaan yang lain.

Di Malaysia, terdapat banyak kekecohan tentang ijazah palsu ini pada bulan Februari dimana terdapat beberapa ahli politik, termasuk Timbalan Menteri Luar negara, Datuk Marzuki Yahya dan bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian telah menipu mengenai kelayakan pendidikan mereka.

Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian

Timbalan Menteri Luar negara, Datuk Marzuki Yahya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...