Usahawan terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya tampil menjawab spekulasi yang mengaitkan namanya dengan seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Dakwa sesetengah netizen, Shuib dikatakan menjalin hubungan bersama Watie setelah kedua-duanya hadir berpakaian sedondon dalam beberapa majlis dan konsert baru-baru ini.
Kata Shuib, ia hanya kebetulan dan mungkin ada wanita lain yang turut berpakaian sedondon dengannya.
Pada konsert Dewa saya pakai jaket hitam dipadankan dengan kemeja-T putih, kalau konsert biasanya macam itu, ada baju hitam, baju putih, mungkin kebetulan sama
Manakala mengenai usahawan wanita itu, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan netizen yang dianggapnya lebih hebat daripada penyiasat.
Saya rasa netizen lebih pandai daripada saya, lebih dahsyat daripada penyiasat. Saya tidak mahu komen apa-apa dengan apa yang mereka anggap.
Kalau sudah sampai tahap keterlaluan, baru saya beritahu apa yang betul dan sebaliknya.
Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa pelik apabila orang luar seolah-olah lebih tahu mengenai kehidupan peribadinya selain ada juga yang cuba menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.
Namun begitu, dia tidak marah dengan usikan-usikan netizen namun berharap agar peminat lebih memikirkan soal perasaan anak-anaknya yang masih kecil.
“Saya tak marah tapi kehidupan kita, biarlah kita yang tentukan sendiri.” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.