Lebih Banyak Pilihan & Mudah Dibawa, HUAWEI Tawar Rangkaian Tablet Terbaik Di Pasaran

Branded

Lebih Banyak Pilihan & Mudah Dibawa, HUAWEI Tawar Rangkaian Tablet Terbaik Di Pasaran

Sejak 2 tahun yang lalu, permintaan tablet menyaksikan permintaan yang sangat ketara di pasaran. Mungkin jika sebelum ini, ia lebih menjadi pilihan sebagai peranti hiburan. Perubahan norma belajar dan bekerja secara fleksibel menjadikannya sebagai salah satu peranti pilihan untuk meningkatkan produktivti.

Dengan tawaran pelbagai jenis tablet di pasaran, HUAWEI tidak ketinggalan memperkenalkan variasi tablet bagi memenuhi keperluan pengguna melalui variasi HUAWEI MatePad Pro, Matepad dan T Series. Nak beli tablet? Jom survey dulu model HUAWEI ni.

HUAWEI MatePad Pro

HUAWEI MATEPAD PRO

MatePad Pro merupakan tablet mercu (flagship) dari HUAWEI. Didatang dengan skrin OLED 12.6 inci, ia mempunyai resolusi 2560×1600, DCI-P3 dan rating ketepatan warna ?E <0.5. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang fotografi dan editing ini boleh dijadikan monitor mudah alih untuk pratonton hasil kerja dan melakukan colour tuning.

Selain paparan beresolusi tinggi, MatePad Pro hadir dengan 8 pembesar suara memberikan penghasilan bunyi lebih jelas dan terperinci

Kapasiti bateri yang besar 10,050 mAh dengan sokongan 40W HUAWEI SuperCharge membolehkan tablet ini dicas sepenuhnya hanya dalam masa 2 jam. Paling menarik ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik.

Ekosistemnya juga lebih mudah dengan perkongsian tanpa had dengan telefon pintar dan PC HUAWEI. Kalau anda lebih selesa melakukan kerja dengan menaip pada keyboard, ia boleh dipasang bersama papan kekunci dan stylus pen (M-Pen 2nd Gen).

HUAWEI Matepad 11

MatePad 11

Bagi Matepad 11 ini , kelebihannya berbanding tablet lain di pasaran ialah, ia mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan teknologi penyesuaian bingkai menjadikan antara tablet yang menawarkan visual yang sangat jelas dan lancar berbanding tablet lain yang ditawarkan di pasaran.

Menggunakan pemrosesan Snapdragon 865, ia dilengkapi dengan 4 pembesar suara dan 4 mikrofon dan bunyi bass yang menggunakan kepakaran kejuruteraan audio Harman/Kardon. Seperti MatePad Pro, HUAWEI Matepad 11 turut boleh dipasangkan dengan papan kekunci dan stylus pen (M-Pen 2nd Gen).

Gandingkan HUAWEI MatePad Pro &  MatePad11 dengan PC!

HUAWEI MatePad Pro dan MatePad11 menyokong Harmony OS, yang memberikannya kelebihan berkongsi fail dengan mudah melalui HUAWEI Share. Terdapat 3 mod yang tersedia untuk perkongsian berbilang skrin pada PC-Tablet

Mod Cermin (Mirror): Skrin komputer riba boleh dicerminkan ke tablet, menunjukkan kandungan yang sama

Mod Lanjutkan (Extend): Kedua-dua tablet menyokong sebagai paparan tambahan untuk komputer riba dan bukannya membuka beberapa tab dalam satu peranti, perbandingan pada fail kerja yang berbeza juga boleh dibuat dengan membuka tetingkap pada tablet. Mampu melakukan perbandingan pada bila-bila masa di mana sahaja dengan kedua-dua peranti.

Mod Kerjasama (Collaborate) : Boleh menggunakan aksesori komputer riba seperti papan kekunci untuk menaip atau membuat nota pada tablet serta tetikus PC untuk menyeret dan melepaskan fail (seperti rancangan perniagaan, carta dan pembentangan) antara kedua-dua peranti dengan lancar dan menjimatkan masa berbanding untuk memindahkan kandungan antara tablet dan PC dengan cara lama seperti menggunakan pemacu kilat USB atau aplikasi pihak ketiga.

Matepad 10.4

Bagi anda yang nak tablet yang lebih berpatutan tapi masih memberikan kepuasan menggunakannya. Anda boleh dapatkan Matepad 10.4, ia mempunyai paparan 10.4 inci dengan 2K Full View Display dengan 84% screen to body ratio.

Pembesar suara quadnya menggunakan kejuruteraan Harmon/Kardon yang memberikan pengalaman bunyi yang mengagumkan.

Matepad 10.4 turut menyokong Wifi6 untuk bagi model  4+128GB. Ia boleh digunakan bersama papan kekunci dan stylus pen (M-Pencil generasi pertama).

Dua lagi model yang boleh dijadikan tablet pilihan ialah MatePad T10 dengan paparan 9.7 inci HD Display dan Matepad T10s dengan paparan 10.1 inci FHD Display. 

Mana satu tablet HUAWEI pilihan?

Variasi HUAWEI

Menarik kan tablet yang ditawarkan HUAWEI ni, anda boleh rujuk harga dan ketersediaan produk ni seperti berikut:

Senarai harga tablet HUAWEI

Mungkin ada yang cakap susah nak download aplikasi daripada AppGallery ni, mari kami tunjukkan cara betul untuk cari muat turun aplikasi yang diinginkan.

1. Permainan

 

2. Hiburan


3. Pendidikan

4. Aplikasi untuk produktiviti

5. Aplikasi beli-belah


6. Aplikasi sosial

7. Aplikasi perbankan

Kalau anda masih tercari-cari pilihan tablet terbaik, tak perlu pening lagi. HUAWEI ada pelbagai variasi model yang anda boleh pilih. Inilah masa terbaik untuk mendedahkan anak-anak dengan platform yang boleh dipercayai, selamat dan pada masa yang sama menghiburkan.

Tapi bukan anak-anak je, jika anda bekerja atau belajar secara fleksibel, jadikan HUAWEI sebagai pilihan produktiviti anda. 

Pilih sama ada MatePad Pro yang didatangkan dengan teknologi terkini, MatePad 11 dan MatePad 10.4 peranti pertengahan atau MatePad T10 dan T10s yang lebih mampu milik, semuanya ada di HUAWEI. Cuma perlu pilih saja yang sesuai dengan gaya hidup anda!Maklumat lanjut tentang tablet HUAWEI, anda boleh layari HUAWEI Store Online atau HUAWEI Official Store di Shopee dan Lazada Anda juga boleh dapatkannya di HUAWEI Experience Store yang berdekatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...