Lebih Banyak Kelonggaran PKPB Dijangka Akan Diumum Untuk Minggu Pertama Bulan Jun Ini

COVID-19

Lebih Banyak Kelonggaran PKPB Dijangka Akan Diumum Untuk Minggu Pertama Bulan Jun Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan sebelum ini dijangka akan tamat pada 9 Jun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kemungkinan akan terdapat beberapa kelonggaran yang akan diberikan menjelang minggu pertama bulan Jun ini.

Sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat. Itu semua sekiranya kes COVID-19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

Advertisement

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan.”

dr noor hisham

Kes melibatkan rakyat Malaysia menampakkan penurunan yang baik kerana kebanyakan kes kini melibatkan warga asing. Namun beliau mahu rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama membantu memastikan wabak tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia.”

Mengimbau kembali perjalanan perintah PKP yang dijalankan sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKP yang pertama bermula 18 Mac yang lepas. Sebelum ianya dilanjutkan sehingga 12 Mei dan disambung dengan PKPB yang dijadualkan tamat pada 9 Jun ini.

Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat. Oleh itu, beliau berharap orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...