Lebih Baik Solo Dari Ada Pasangan Yang Menyusahkan – Izreen Azminda

Lebih Baik Solo Dari Ada Pasangan Yang Menyusahkan – Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda yang kini popular dengan drama Ahli Mesyuarat Tingkap masih solo walaupun telah bercerai sejak dua tahun lalu. Pernah dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki antaranya Amar Baharin dan Nazrief Nazri, namun kini ternyata hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan.
 photo 12822570_1723120971258549_61443509_n.jpg
Kepada mStar Online, Izreen mengakui dia bersikap memilih kerana enggan peristiwa perceraian berulang dalam episod hidupnya.

Jika diikutkan saya memang rindu hendak berteman tetapi kerana pengalaman lalu saya perlu lebih berhati-hati dalam mencari pengganti.

Pada saya, lebih baik saya hidup solo kerana jika ada pasangan yang menyusahkan pun tiada guna juga selain saya tidak mahu menyesal.

Izreen sebelumnya pernah melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012 dan berpisah pada 9 Jun 2014.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur tiga tahun.

Saya tidak minta banyak tetapi cukup sekadar dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan boleh menerima anak saya.

Tetapi setakat ini saya belum berjumpa dengan calon sesuai dan lebih selesa dengan kehidupan solo buat masa ini.


 photo 12907308_688159764659289_847376153_n.jpg

Izreen juga bakal terlibat dalam program Gempak Selebriti di mana dia akan cuba mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi kepada umum.

Saya sudah pun menolak beberapa tawaran lakonan hanya semata-mata untuk memberi fokus kepada program ini.

Sekiranya dikritik peminat saya terima kerana nyanyian bukan bidang saya dan sekadar ingin mencabar diri dan bukannya untuk bergelar penyanyi.

Selain Izreen, empat lagi peserta pelakon wanita yang terlibat adalah Tasha Shilla, Raja Ilya, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.

Manakala peserta lelaki adalah Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee.


 photo 12826198_714387202036378_885502188_n.jpg
Sebenarnya memilih pasangan bukan perkara mudah kerana yang paling penting untuk mencari seorang yang serasi dan ikhlas. Biarlah mengambil masa yang lama pun untuk membuat pilihan, yang penting pilihan yang dibuat itu betul kerana ia melibatkan masa depan dan kebahagiaan seseorang.

Semoga Izreen dapat menemui insan yang dicari itu nanti.

Kepada kepada yang berminat menjadi ahli keluarga JKKN, peluang menanti anda.

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 31 March 2016

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...