Lebih Baik Putuskan Sekarang Daripada Tanggung Derita – Syafie Naswip

Hiburan

Lebih Baik Putuskan Sekarang Daripada Tanggung Derita – Syafie Naswip

Ketika ini, pelbagai spekulasi dan kontroversi menghimpit pelakon Syafie Naswip  selepas dia putus tunang bersama Aishah Azman.

syafie naswip aishah azman

Advertisement

Ada pihak yang menghukum Syafie tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menyindir dan mencaci dirinya. Bagaimanapun, Syafie enggan memberikan sebarang komen dan terus menjalani kehidupannya seperti biasa.

Tanggal 2 Ogos lalu, Syafie genap berusia 27 tahun dan dia sempat memuat naik video ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Ramai yang tersentuh melihat video tersebut termasuklah pelakon Almy Nadia yang meninggalkan komen agar Syafie dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku.

syafie naswip lebih baik putus tunang

Membalas komen tersebut, Syafie menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya. Lebih baik mengakhiri daripada terus menanggung derita nanti.

syafie naswip aishah azman putus tunang

Terdahulu, viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon,  apabila wanita itu menuduhnya menjalin hubungan songsang. Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama Syafie dalam kontroversi tersebut.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

18 Comments

  1. Aida

    August 5, 2019 at 12:04 pm

    masalah utama di sini sbb kes pukul.. apa pun masalah yg terjadi dlm perhubungan dia,jgn sekali kali angkat tangan.. siapa dia utk guna kekerasan memukul perempuan.. kalau situasi tu teruk mana pun baik angkat kaki dan tinggalkan je perempuan tu.. blajar kawal perasaan dik.. jgn bertindak luar kawalan.. awak tetap bersalah

    • Anonymous

      August 5, 2019 at 2:13 pm

      itulah masalahnya, gduh mcm manapun jgn naik tgn, sepak terajang atau ludah atau simbah.

      ni ha kes sedara aku, gduh2 sesama adik beradik pompuan, kakak ludah adik, apahal mcm ni, boleh je adik tu report polis jika mahu, tpi sbb memikirkan itu kakak..pendam jelah..lepas tu adik tu ckp, sampai mati aku x maafkan kau. Balik kpg tgok mak atau rayapun mengelak x mahu tertembung, mereka gaduh, yg lain kena tempiassssssss…

  2. ApaApaJeLah Labu

    August 5, 2019 at 10:50 am

    xyah la kita bercakap pasal benda yang kita sendiri tak tau and jgn asyik buat assumption base on the story yg kuar kt socmed ni. Kalau benda tak betul boleh jatuh fitrah..Tapi mcm mana pun salah dia sbb pukul perempuan..apa pun masalah jgn sesekali naik tangan kat perempuan. Nnt org cop ko dayus dik…Apa pun Happy Birthday, semoga dilimpahi rezeki dan semoga lebih matang utk menempuhi hari-hari yg mendatang.

  3. hurrmmm....

    August 5, 2019 at 8:41 am

    kesian dia ni…x pernah ade kontroversi dr mula die berlakon smpi skrg….kte xtau ape yg berlaku, baik doakan yg baik2 je…ade jgk dgr cite si aishah ni mulut bole tahan….wallahualam…tp kalo tgk dr cara die berckp pon dah bole agak aishah ni jenis mulut mcm mane….die ckp ade amek gmbr pas kena pukul tp syafie dh delete senyap2…rasanye die blk uma bole je amek semula kot gmbr tu…ntahla…semoga syafie kuat…doa yg baik2…

  4. chiara

    August 5, 2019 at 8:19 am

    Dia yang pukul org…then act as victim..nice

  5. chiara

    August 5, 2019 at 8:17 am

    dia yg pukul org..then act as victim…nice

    • Anonymous

      August 5, 2019 at 9:21 am

      Kalau tak betul apa yang aishah & orang lain cakap,boleh aje sue kan. Ada berani?

    • marian

      August 5, 2019 at 10:27 am

      actually klu hari2 kna provoke bnda yg ko xbuat.. lg2 dri org yg ko syg.. ko pn blh hilang sabar..

    • chiara

      August 5, 2019 at 11:12 am

      better tinggalkan…bukan jd lesen utk pukul org yg ko kata sayang..

Loading...