Baru-baru ini, pelakon Avaa Vanja mengambil keputusan untuk menarik semula laporan terhadap bekas suami, Amil Sulaiman yang sudah melakukan keganasan rumah tangga.
Difahamkan melalui laporan Avaa pada mulanya, bekas suami telah mendera dirinya sewaktu masih bersama.
Bagaimanapun, Avaa atau nama sebenar, Avaa Vanja Mohamad Ramli enggan memanjangkan cerita dan memilih untuk memaafkan kesalahan bekas suami kerana sentiasa dibelenggu dengan perasaan serba salah serta tidak tenang.
View this post on Instagram
Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri.
Sekadar info, Avaa dan Amil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini sudah pun berusia 10 tahun.
Namun, pada Oktober 2021, pelakon terbabit membuat laporan polis berhubung tentang keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Amil terhadapnya serta anak.
Selepas itu, pasangan berkenaan disahkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Februari 2022.