Sedia maklum, seorang personaliti media sosial iaitu Boss Kay teruk dikecam netizen akibat tular klip videonya melafazkan talak dua terhadap isteri, Cik Pia baru-baru ini.
Hal yang membuatkan netizen berasa berang terhadap lelaki tersebut kerana ia dijadikan sebagai ‘hadiah’ ulang tahun kelahiran buat ibu kepada dua orang anak itu.
Sewaktu ditemubual oleh pihak media di satu acara, Boss Kay memberitahu bahawa konflik rumah tangganya sudah lama berlaku dan terjadi sejak awal perkahwinan.
Oleh kerana sudah mempunyai masalah sejak awal perkahwinan, Boss Kay mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada Cik Pia kerana mahu elak diri dari menjadi bahan konten media sosial wanita terbabit.
Boss Kay turut berkatia tidak mahu perbesarkan hal dengan melibatkan pihak berkuasa serta memberitahu dirinya bukan seseorang yang mudah untuk menyaman, lagi-lagi wanita itu ibu kepada anak-anaknya.
Lebih baik saya hantar video lafaz talak padanya daripada berjumpa, kemudian kena provoke.
Dalam pada itu, Boss Kay sempat berkata dia akan berjumpa dengan Cik Pia jika dia betul-betul dah berlembut hati.