Kontroversi Kamal Adli dan Zahirah Macwilson betul-betul memberikan tekanan terhadap percintaan Emma dan Kamal. Sudah empat tahun rapat dan bercinta, ramai yang ingin melihat pasangan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Namun, segalanya agak rumit sekarang dan Emma memberitahu lebih baik untuk mereka berkawan dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.
Saya rasa lebih baik kami berkawan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, antara kami biar jodoh yang tentukan. Walaupun kelak Kamal bukan suami mahupun kekasih saya, tetapi saya tidak akan kehilangan dia kerana kami masih boleh terus berkawan. Saya sendiri senang begitu. Malah umum menyedari saya tidak pernah bermusuh atau memutuskan hubungan dengan semua bekas kekasih saya termasuk Zizan Razak.
Mengakui hubungan mereka sudah tidak seperti dahulu lagi, Emma dan Kamal bagaimanapun masih lagi berhubung, bertemu dan meluahkan segala perasaan dalam hati masing-masing.
Kami tidak seperti sewaktu sedang hangat bercinta yang setiap pagi akan membuat panggilan dan bergayut. Sekarang ini sebagai kawan kami akan berhubung bertanya khabar andai perlu saja. Begitupun, sebagai kawan bagaimana saya sering meluahkan perasaan saya pada Kamal begitu juga dengan Kamal turut melakukan perkara sama. Kami berdua tidak punya halangan walaupun hubungan tidak seperti dulu.
Hanya Emma dan Kamal sahaja mengetahui apa yang berlaku sebenarnya disebalik kontroversi yang hangat diperkatakan. Soal hati ini memang agak rumit dan hubungan mana juga yang tidak akan dilanda ujian. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma.