Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lebih Baik Demand Daripada Mencuri – Adi Putra

Semenjak dua menjak ini, ada gosip yang berterbangan menyatakan Adi Putra semakin “demand“. Dikatakan yang Adi Putra meletakkan bayaran tinggi  dan mempersoalkan apa manfaat yang akan diperolehi sekiranya untuk menjadi tetamu di dalam sebuah program hiburan.

adi putra

Menerangkan gosip ini, Adi Putra berkata kepada MalaysianDigest:-

Advertisement

Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak. Saya bukanlah meminta sesuatu harga yang sebegitu atau sebegini bagi tujuan dipromosikan… Bagi saya, kalau sesorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam. Bagi saya, terpulang kepada perspektif orang

adi putra

Abang Nara suka dengan falsafah Adi Putra mengenai “demand” ini. Menarik jugak sebenarnya.

Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri. Jadi terpulang pada anda, samada mahu memilih nak demand atau mencuri. Saya tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan. Tapi kalau terlihat satu keburukan dari diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.

Bagi Abang Nara, biasalah kalau tengah popular kenalah “demand” sikit. Sesuai lah dengan status diri. Lagipun Adi Putra bukan orang baru di dalam dunia hiburan. Memang popular kot. Tak salah nak “demand” asalkan tidak berlebihan. Tak ke gitu?

P.S: Ilusi sekeping coklat yang menarik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top